Dari Anas bin
Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari
umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat
subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama
dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari
kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni
dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca
setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada
setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul
mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita
sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh
Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah
Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka
itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu
sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita
adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan
membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis.
Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan
syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi
ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu
mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada
sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda
S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Post a Comment
Komentarlah yang baik.
Tujukkan Karakter Bangsa Indonesia.